Selamat datang ke blog Dunia Milik Kita Bersama. Marilah kita hargai apa yang kita miliki

Monday, September 22, 2008

Hari kelapan di SKBSM

Hari ini kami bercuti kerana pihak sekolah mengambil cuti peristiwa sempena Nuzul AlQuran. walaupun bercuti, kami masih menyiapkan juga tugasan yang diberikan.

Hari ketujuh di SKBSM

Pada hari ini kami bertungkus lumus menyiapkan tugasan dari GB.

Tuesday, September 16, 2008

Hari keenam di SKBSM

Selepas perhimpunan pada hari ini, saya dan kak sally telah bersedia untuk mengambil gambar semua guru SKBSM untuk diletakkan dalam profil sekolah. Memandangkan cuaca yang tidak berapa baik, kami telah mengambil gambar dalam keadaan tergesa-gesa. Hasilnya gambar tersebut kurang memuaskan. Saya terpaksa mengedit gambar tersebut agar nampak lebih bersesuaian menggunakan Photoshop. Pada tengaharinya pula kami telah mengambil gambar kakitangan sokongan dan pekerja am bersama-sama dengan pihak pentadbiran sekolah ini. Hari ini kami meneruskan untuk membangunkan profil sekolah. Saya membuat Video yang mengabungkan gambar-gambar sekolah untuk diletakkan dalam profil sekolah di bawah tajuk Panorama SKBSM. Manakala Kak sally telah menggunakan kepakarannya untuk membuat montaj bagi profil ini menggunakan Flash. Memandangkan tempoh kami berada di sekolah ini semakin singkat maka kami telah bersetuju untuk mengagihkan tugas yang ada. Saya rasa bertuah kerana kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam memastikan kami membangunkan profil ini dengan jayanya.

Hari kelima di SKBSM

Hari ini merupakan hari kelima kami berada di SKBSM. Pada awal pagi kami telah menyertai para pelajar tahap 2 dalam program Bacaan Yaasin secara beramai-ramai. Program ini juga di sertai oleh guru-guru di SKBSM. Setelah tamat program tersebut, kami pun bergerak ke makmal komputer untuk meneruskan proses pembangunan profile sekolah. Pada Hari ini juga kami telah dikunjungi oleh Puan Azizah Binti Abdul Samad, pensyarah bimbingan kami untuk Pra Penyeliaan. GB telah menerangkan projek yang kami perlu lakukan kepada Puan Azizah. Pada hari ini juga kami telah menerima satu lagi tugasan untuk membantu setiausaha peperiksaan untuk melengkapkan maklumat peperiksaan bagi pelajar tahun 6 menggunakan perisian Qnet.

Hari keempat di SKBSM

Hari ini merupakan hari yang keempat saya berada di SKBSM. Pada hari ini kami telah dibenarkan untuk masuk ke dalam makmal komputer. Apabila saya masuk ke dlm makmal tersebut saya dapati makmal ini digunakan sepenuhnya berdasarkan kepada rekod penggunaannya. Makmal komputer ini menghadapai masalah anai-anai. Ini mungkin faktor persekitaran kawasan makmal tersebut.

Pada hari ini kami mula membangunkan profile sekolah setelah siap fasa mereka bentuk. Kami telah menggunakan EXE untuk membuat profile sekolah ini setelah mendapat khidmat nasihat daripada Encik Azman. Semasa menunggu pelajar tahun 6 menduduki kertas terakhir di kantin sekolah, GB telah berjumpa dengan kami untuk melihat perkembangan pembangunan profile sekolah. Saya telah menerangkan secara sepintas lalu apa yang telah kami siapkan untuk hari itu. S

Thursday, September 11, 2008

Renungan bersama....

Khas untuk semua....... marilah hayati bersama.....

Ibnu Qayyim pernah berkata:

1-Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah Subhanahu Wa Taala.

2-Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah Subhanahu Wa Taala.

3-Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah Subhanahu Wa Taala.

4-Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

5-Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

6-Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akanterbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

7-Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. .

8-Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

WassalamNabi s.a.w bersabda :"Beramallah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk Akhiratmu,seolah-olah kamu akan mati besok"Wallaualam.. sama-sama fikirkan.

Dipetik dari...... http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-7529.html

Hari ketiga di SKBSM

Hari ini adalah hari yang bersejarah pada saya. Buat pertama kalinya saya akan memasuki kelas untuk menggantikan guru yang tidak hadir. Saya dikehendaki memasuki kelas tahun 1 Bijak. Nasib baiklah saya bersama-sama dengan kak sally. Pada mulanya saya menggelabah untuk menghadapi murid-murid kecil ini. Saya memerhatikan bagaimana kak sally menguruskan murid-murid kecil ini. Setiap perkara perlu diterangkan dengan jelas kepada murid-murid ini. Walau telah diterangkan dengan jelas, murid-murid tetap memerlukan bantuan lagi semasa menjawab soalan peperiksaan. Saya berasa sedih apabila melihat ada murid yang tidak dapat menbaca suku kata di dalam kertas peperiksaan tersebut sehingga memerlukan bantuan guru untuk memahaminya. Apabila saya mengenang kembali perkara ini, saya dapati masalah yang didapati di sekolah menengah berhubung dengan jumlah pelajar-pelajar yang tidak tahu membaca yang semakin ramai adalah berpunca dari kegagalan mereka menguasai 3M sewaktu disekolah rendah.

Sebelum memasuki ke kelas di sekolah rendah, saya rasakan menguruskan pelajar-pelajar remaja adalah sukar. Namun, apabila mengalami pengalaman ini, saya dapati menguruskan murid-murid kecil lagilah sukar. Kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan dalam mengajar dan menguruskan murid-murid kecil ini. Apabila saya menganalisa diri sendiri, rupanya saya tidak mempunyai kesabaran yang sangat tinggi seperti guru-guru sekolah rendah. Saya harapkan saya dapat belajar dengan banyak sepanjang berada di sekolah ini. Harap-harapnya, kak sally terus membantu saya. Maklumlah orang dah berpengalaman. Hahhahaha. Jumpa lagi di hari keempat.

Wednesday, September 10, 2008

Hari kedua di SKBSM

1. perhimpunan pelajar tahun 6.
  • Hari ini bermulalah peperiksaan UPSR. Sebelum pelajar masuk ke dewan saya lihat mereka berhimpun di kantin untuk mendengar taklimat akhir daripada guru. Guru mengambil peluang untuk mencurahkan ilmu di saat-saat akhir. Murid-murid ini sungguh tertib semasa berjalan memasuki ke dewan peperiksaan. Saya rasa amat bertuah apabila dapat melihat suasana ini kerana jarang dapat dilihat murid-murid begitu berdisiplin. Di saat-saat ini kami mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam cd korporat sekolah ini.

2. Mengambil gambar kawasan sekolah.

  • Saya dan kak sally membuat lawatan ke sekitar sekolah dan mengambil gambar2 sekolah yang menarik.

3. Bertemu dengan Guru penolong kanan kurikulum dan guru besar.

  • Kami berjumpa dengan pihak pentadbir untuk mengambil semua data-data yang diperlukan. data yang telah diperolehi, kami telah asingkan mengikut tajuk-tajuk yang bersesuai. kami telah membuat storyboard bagi membantu kami mereka bentuk cd korporat ini. Kami telah mengaplikasikan apa yang telah diajar oleh Puan Halimah. Kami gunakan ID ADDIE Model dalam menghasilkan cd ini. Sekarang kami telah berada di fasa 2 iaitu fasa design. Saya perlu berterima kasih pada Puan Halimah yang banyak memperkenalkan model-model ID kepada kami pada saat-saat akhir sebelum praktikal. dari situ saya dapat memilih model yang bersesuaian untuk diaplikasikan dalam merekabentuk sesuatu projek.

Hari kedua berlalu begitu pantas. tak sabar nak ke hari ketiga.

Hari pertama di SK Bendahara Seri Maharaja.

1. Perasaan Pertama kali menjejaki SKBSM
  • Buat pertama kalinya saya menjejaki kaki ke sekolah rendah sebagai guru. Ia amat mendebarkan kerana selama ini saya berurusan dengan pelajar-pelajar remaja. Sekarang saya terpaksa menghadapi murid-murid kecil. Pasti banyak karenah yang akan dihadapi. Namun dengan sokongan dan bantuan kak sally, saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah rendah ini. Kak sally banyak memberikan tips bagaimana hendak menghadapi murid-murid sekolah rendah. Bak kata perpatah melayu, belum cuba belum tahu....

2. Menerima tugasan dari Guru Besar SKBSM ( Puan Azizah )

  • Memandang minggu ini adalah minggu peperiksaan UPSR, kami tidak diberikan jadual waktu yang khusus untuk tempah praktikum ini. tetapi kami menerima tugasan untuk membuat profil sekolah sebagai cd koporat sekolah ini. Pada mulanya nampak sangat mudah, tetapi apabila diteliti banyak maklumat yang diperlukan untuk di masukkan ke dalam cd ini. namun begitu kerjasama dari pihak pentadbiran sekolah ini telah memudahkan kami memahami tugasan untuk praktikum ini.

Emmm hari pertama berlalu begitu cepat. Emmm rasanya yang melucukan berlaku pada saya dan kak sally pada hari pertama ini. Kami kena jadi tukang baca borang untuk ketua pengawas peperiksaan UPSR. Kena baca setiap borang. Dah tu kena ulang 3 kali. Macam dalam kelas belajar membaca. Tapi dari peristiwa ini saya belajar untuk menjadi seorang yang lebih sabar melayani orang disekeliling.

Friday, September 5, 2008

Selamat berpraktikum kepada semua

Kepada semua kawan-kawan KDP 14 Minggu TMK.....

Selamat menjalani praktikum di sekolah yang telah dipilih. Semoga berjaya menyelesaikan satu lagi tanggungjawab kita....... Jumpa lagi selepas 2 minggu.....

Thursday, September 4, 2008

Khas untuk kalian semua

Untuk santapan rohani kita...... renung-renungkan lah wahai teman.....



1) Jangan sesekali kita meremehkan sesuatu perbuatan yang baik walau hanya senyuman.



2) Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan, telah banyak kapal yang karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya adalah takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.



3) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran ini terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan.



4) Hati yang terluka umpama besi bengkok. Walau diketok sukar kembali kepada bentuk asalnya.



5) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun, bila-bila masa ia akan pecah.



dipetik dari laman ....



Peringatan buat Kita

Kehidupan kita hanya sementara,berbuat baiklah kepada semua tanpa mengira kaum atau agama. Kekalkan lah kemerdekaan kita. Bersama-sama menjaga tanah air tercinta. Kekalkan perpaduan selama mungkin, demi masa depan kita. Janganlah berpecah kerana kita sendiri. Ingatlah teman semua.

Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini membawa kebahagian buat semua.

Selamat Datang Ke Dunia Ziana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semoga anda ceria memulakan hari ini. Dapatkan maklumat terkini dari dunia Ziana.
 

blogger templates | Make Money Online