- Hari ini bermulalah peperiksaan UPSR. Sebelum pelajar masuk ke dewan saya lihat mereka berhimpun di kantin untuk mendengar taklimat akhir daripada guru. Guru mengambil peluang untuk mencurahkan ilmu di saat-saat akhir. Murid-murid ini sungguh tertib semasa berjalan memasuki ke dewan peperiksaan. Saya rasa amat bertuah apabila dapat melihat suasana ini kerana jarang dapat dilihat murid-murid begitu berdisiplin. Di saat-saat ini kami mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam cd korporat sekolah ini.
2. Mengambil gambar kawasan sekolah.
- Saya dan kak sally membuat lawatan ke sekitar sekolah dan mengambil gambar2 sekolah yang menarik.
3. Bertemu dengan Guru penolong kanan kurikulum dan guru besar.
- Kami berjumpa dengan pihak pentadbir untuk mengambil semua data-data yang diperlukan. data yang telah diperolehi, kami telah asingkan mengikut tajuk-tajuk yang bersesuai. kami telah membuat storyboard bagi membantu kami mereka bentuk cd korporat ini. Kami telah mengaplikasikan apa yang telah diajar oleh Puan Halimah. Kami gunakan ID ADDIE Model dalam menghasilkan cd ini. Sekarang kami telah berada di fasa 2 iaitu fasa design. Saya perlu berterima kasih pada Puan Halimah yang banyak memperkenalkan model-model ID kepada kami pada saat-saat akhir sebelum praktikal. dari situ saya dapat memilih model yang bersesuaian untuk diaplikasikan dalam merekabentuk sesuatu projek.
Hari kedua berlalu begitu pantas. tak sabar nak ke hari ketiga.
1 comment:
selamat menjalankan praktikum. Semoga dapat membina repo yang baik di kalangan masyarakat sekolah. Saya akan datang pada Hari Jumaat ini. insyaallah.
aas.
Post a Comment