Selamat datang ke blog Dunia Milik Kita Bersama. Marilah kita hargai apa yang kita miliki

Thursday, September 11, 2008

Hari ketiga di SKBSM

Hari ini adalah hari yang bersejarah pada saya. Buat pertama kalinya saya akan memasuki kelas untuk menggantikan guru yang tidak hadir. Saya dikehendaki memasuki kelas tahun 1 Bijak. Nasib baiklah saya bersama-sama dengan kak sally. Pada mulanya saya menggelabah untuk menghadapi murid-murid kecil ini. Saya memerhatikan bagaimana kak sally menguruskan murid-murid kecil ini. Setiap perkara perlu diterangkan dengan jelas kepada murid-murid ini. Walau telah diterangkan dengan jelas, murid-murid tetap memerlukan bantuan lagi semasa menjawab soalan peperiksaan. Saya berasa sedih apabila melihat ada murid yang tidak dapat menbaca suku kata di dalam kertas peperiksaan tersebut sehingga memerlukan bantuan guru untuk memahaminya. Apabila saya mengenang kembali perkara ini, saya dapati masalah yang didapati di sekolah menengah berhubung dengan jumlah pelajar-pelajar yang tidak tahu membaca yang semakin ramai adalah berpunca dari kegagalan mereka menguasai 3M sewaktu disekolah rendah.

Sebelum memasuki ke kelas di sekolah rendah, saya rasakan menguruskan pelajar-pelajar remaja adalah sukar. Namun, apabila mengalami pengalaman ini, saya dapati menguruskan murid-murid kecil lagilah sukar. Kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan dalam mengajar dan menguruskan murid-murid kecil ini. Apabila saya menganalisa diri sendiri, rupanya saya tidak mempunyai kesabaran yang sangat tinggi seperti guru-guru sekolah rendah. Saya harapkan saya dapat belajar dengan banyak sepanjang berada di sekolah ini. Harap-harapnya, kak sally terus membantu saya. Maklumlah orang dah berpengalaman. Hahhahaha. Jumpa lagi di hari keempat.

No comments:

 

blogger templates | Make Money Online